KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penganjur untuk siasatan berkenaan Himpunan Solidariti Bersama Palestin di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru, di sini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dianggarkan seramai 40 orang berhimpun di hadapan masjid terbabit selepas solat Jumaat.
"Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah ditempatkan di sekitar pekarangan masjid untuk kawalan keselamatan dan ketenteraman awam.
"Polis tidak menerima sebarang notis pemakluman mengenai penganjuran himpunan terbabit daripada penganjur," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan pihak polis akan memanggil penganjur serta beberapa individu berkaitan.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Dalam himpunan terbabit, sekumpulan Pemuda UMNO dan orang ramai bertindak membakar bendera Israel sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin yang ditekan oleh regim Zionis Israel.
Pembakaran bendera Israel itu diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika Himpunan Solidariti Bersama Palestin di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru.
Dr Muhamad Akmal juga memaklumkan tujuan himpunan itu bertujuan untuk menghantar mesej kepada rejim Zionis serta surat bantahan secara rasmi kepada Kementerian Luar agar dibawa ke peringkat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 08 2023
Dr Muhamad Akmal (tengah) ketika mengutuk kekerasan polis Israel yang menyerang jemaah Palestin di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada Himpunan Aman Solidariti Bersama Palestin di Masjid Jamek Kampung Baru, 7 April lalu. -- fotoBERNAMA
Hujan bom makin ganas di Genting Gaza
Serangan udara terus diperhebatkan terutamanya di kawasan tengah dan timur Rafah ketika unit infantri bersama kereta kebal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mula mara ke bandar paling selatan Gaza itu.
Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi
Lembaga Pengarah SRC International kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada KWAP oleh syarikat itu tidak dapat dibawa masuk dari luar negara.
AWANI Borneo [09/05/2024] - Fadillah wakili Sarawak & Sabah | Masalah kesihatan | Empat rumah terbakar
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 9 Mei 2024
Tuntut TPM dari Sabah, Ahamad Zahid perjelas peranan Fadillah Yusof
PM lawat Mutang di IJN
Ibu tunggal reda, persiapan haji musnah dalam kebakaran
#AWANInews
#AWANIBorneo 9 Mei 2024
Tuntut TPM dari Sabah, Ahamad Zahid perjelas peranan Fadillah Yusof
PM lawat Mutang di IJN
Ibu tunggal reda, persiapan haji musnah dalam kebakaran
#AWANInews
Kontraktor projek ECRL mulakan kerja pemasangan sistem
Projek ECRL memulakan kerja pemasangan sistemnya yang menandakan fasa akhir pembinaan sebelum memasuki peringkat pengujian dan pengoperasian.
AS-Israel tidak sehaluan lagi kerana ofensif Rafah
Hubungan Amerika Syarikat (AS) dan Israel semakin tegang selepas Presiden Joe Biden memberi amaran tegas tentang rancangan ofensif berskala besar itu.
Perak bakal jadi pengeluar bawang merah kecil terbesar negara
Lebih 3.3 tan metrik bawang merah kecil BAW-1 yang bakal dijenamakan sebagai Bawang Perak akan dipasarkan ke seluruh outlet FAMA, esok.
Sabah FC pertingkat aspek keselamatan
Presiden Sabah FC, Datuk Shahelmey Yahya menegaskan pihaknya akan sentiasa berjaga-jaga dan meningkatkan aspek keselamatan susulan siri serangan melibatkan pemain bola sepak tempatan.
Sarawak janjikan insentif kepada pemenang pingat emas
Kerajaan Sarawak menjanjikan insentif kepada pemenang pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para Sukma yang berlangsung pada 17 hingga 24 ogos dan 22 hingga 28 september depan
Affin Bank sasar buka lapan cawangan baharu di Sarawak
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pembukaan cawangan baharu bank itu di Sarawak adalah sebahagian pelan strategik yang turut akan mentranformasikan Affin kepada lima bidang utama.
11 lembangan sungai dikenalpasti untuk projek empangan melata
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mendedahkan,11 lokasi lembangan sungai berpotensi telah dikenal pasti untuk pembangunan sumber kuasa.
Najib harap Masjid Jamek Kampung Baru jadi bangunan ikonik
Najib turut menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan masjid itu yang kini mampu memuatkan sehingga 11,000 jemaah.